mimiSesuatu
Wednesday, 23 January 2013
Sunday, 11 November 2012
huyeaaaaaaaaaaaaaaa
amoih tajuk entry kemain ag huahahahhaha....
uopsss lpa nk bg salam...
uopsss lpa nk bg salam...
asalamualaikum ....
ak amat lah gumbira krna stpm penggal 1 dh tamat
ap yg ak nk kongsikn kt sini
ak nie teramatlah mls nk stady
tp ak nie rjin stady p.p(pengajian perniagaan)
sbb ak rsea 2 la subjek pling ssh n mmg kna byk stady...
last2 ap yg msk exam xmsk ap yg ak bca..
ak dh check kt internet mmg rmai x blh jwb soan p.p
cikgi ak iaitu cikgu irfah yg sgt cantik...
mmbritahu soalan 2 dibuat oleh pensyarah universiti...
siapakah????
en.pensyarah knplah kau sprti mghina kami plajar ini dgn mmbri soalan yg smmgnya kmi x blajar...
brtaubatlah...
Saturday, 1 September 2012
JANGANNNN!!!!!!!!
rituh nmpak merah2 kt mka dy.....
then bru rinie ak kc twu cara nk elakkn spya xjd cm2 dah
mak ak slalu pesan,law mka basah nl lap jgn guna tuala yg kta lap bdn tuh...
gnala towel yg khusus untk muka or sediakan tisu(ak slalu gna tisu,sbb xyh bsh byk2 kali(tisu tandas,pongg boleeyyy meyhh)huhuhu
bnda bie ley elakkn drpd jerawat...ak byk gak tnya kwn2 yg mkanya brjerawat,trnyata mmg dowg slalu lap mka gna towel yg gna lap bdn lps mandi tuh...
JANGANNNN!!!!!
huhuhu over lak tjuk etri....
isi x semegah pongggg
so spea mka yg ad jrwt,mrh2 or gatal2 stop using towel yg gna lps mndi tuh...
jangnn yea jgnnn.....
wink3...
taata
asalamualaikum
kalau x jawab dosea
kalau jawab sygggg....
hahahhahaxx
cg. ghazali bagi(dy ambik dri blog meet JZ)
SEJARAH ASIA- SISTEM FUEDAL DI JEPUN :)
Sistem feudal/sistem sosial di Jepun
Sistem
feudal boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan yang dijalankan
oleh individu tertentu dan bukannya kerajaan pusat. Sistem feudal
mempunyai kuasa militer dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuan tanah
yang merangkumi kuasa politik, ekonomi dan sosial. Dalam sistem feudal
kedudukan individu adalah mengikut hierarki. Di jepun, struktur sistem
feudal berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja,
shogun dan samurai manakala golongan yang diperintah pula terdiri
daripada petani, tukang mahir dan saudagar. Sistem feudal Negara Jepun
dikatakan amat berbeza dengan negara-negara yang lain, ini kerana, Jepun
mengamalkan sistem feudal berpusat.
Kedudukan yang paling atas dalam sistem sosial masyarakat Jepun ialah
Maharaja. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, Maharaja merupakan ketua
Negara. Namun, baginda tidak mendapat mandat sepenuhnya dalam
pemerintahan Negara dan hanya dianggap sebagai lambang perpaduan
semata-mata , manakala kuasa pemerintahan terletak di tangan Shogun
Tokugawa. Keluarga maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat
pemerintahan dan pentadbiran sebenarnya terletak di Edo. Sistem yang
diamalkan ini telah menyebabkan kedudukan dan sistem maharaja di Jepun
kekal hingga ke hari ini.
Seterusnya, kedudukan kedua pula diduduki oleh Shogun. Shogun
merupakan golongan yang paling berkuasa dalam stuktur pemerintahan dan
pentadbiran di Jepun. Shogun yang paling berkuasa ialah Shogun Tokugawa.
Mereka menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah serta dibantu oleh daimyo. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan
kedudukan shogun terjamin . Shogun juga akan memberi kawasan-kawasan
pemerintahan nya untuk ditadbir oleh daimyo. Daimyo yang menyokong
shogun akan diberi tanah manakala daimyo yang menentang akan ditempatkan
di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Pemerintahan Shogun
akan dibantu oleh daimyo.
Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan yang penting
dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
daimyo Fudai, daimyo Shimpan dan daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli
keluarga shogun tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran
kediaman Shogun dan daimyo ini telah banyak membantu Tokugawa dalam
pentadbiran. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga
dan mereka dikenali sebagai “rumah-rumah bersaudara” dan keluarga yang
utama dikenali sebagai “go-sanke”. Mereka diberi tanah tidak jauh
daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi
shogun. Mereka telah ditempatkan jauh daripada shogun untuk mengelakkan
ancaman daripada mereka. Tindak-tanduk mereka juga sentiasa dikawal oleh
Tokugawa dan sekutunya. Daimyo ini juga tidak dibenarkan memasuki
istana maharaja, tidak mempunyai sebarang jawatan, dan tidak dibenarkan
mengumpul harta.
Samurai merupakan kelas panglima yang mempunyai kedudukan istimewa.
Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan Negara dan daimyo. Mereka
tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun Negara dalam keadaan
aman. Oleh itu, ketika Negara aman dan tiada peperangan, samurai akan
ditanggung oleh golongan petani.
Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang
tertinggi. Hal ini kerana Jepun merupakan Negara pertanian dan dengan
dasar tutup pintu Jepun kepada perdagangan telah meletakkan petani di
tahap yang mulia. Mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi sumber
makanan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka akan diberi secukup
makan sahaja, kerana hasil yang dikeluarkan adalah untuk Negara.
Golongan petani juga terpaksa menghadapi sistem kerah iaitu dengan
mengangkut barang-barang pertanian melalui sepanjang jalan Tokaido.
Sistem kerah ini amat menyusahkan dan membebankan para petani.
Masyarakat petani juga diberi pendidikan dengan penubuhan terakoya (
sekolah-sekolah kampung) untuk pendidikan anak-anak petani.
Kelas
tukang-tukang mahir (artisan) adalah dibawah petani. Mereka mahir dalam
pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Oleh kerana
sumbangan mereka terhadap masyarakat mereka telah diberi
penghargaan dan penghormatan , gaji yang menarik serta rumah yang
baik. Tukang kayu juga diberi layanan yang baik dan menerima gaji yang
sama seperti tukang mahir iaitu sebanyak 500 koku dan mereka dibenarkan
menggunakan pedang. Bagi tukang-tukang yang tidak berkemahiran pula,
mereka tidak mendapat layanan baik malah terpaksa bekerja untuk daimyo.
Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang
rendah oleh masyarakat jepun yang mengamalkan feudal tentera dan tidak
dibenarkan berlaku mobility social. Namun setelah keadaan aman, ekonomi
turut berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang
banyak. Mereka kemudiannya telah memperbaiki status diri mereka dengan
mengikat ramai bangsawan melalui hutang dan ada antara mereka yang
mempunyai kekayaaan melebihi daimyo.
Subscribe to:
Posts (Atom)