Sunday, 11 November 2012

huyeaaaaaaaaaaaaaaa

amoih tajuk entry kemain ag huahahahhaha....
 uopsss lpa nk bg salam...
asalamualaikum ....
ak amat lah gumbira krna stpm penggal 1 dh tamat
ap yg ak nk kongsikn kt sini 
ak nie teramatlah mls nk stady
tp ak nie rjin stady p.p(pengajian perniagaan)
sbb ak rsea 2 la subjek pling ssh n mmg kna byk stady...
last2 ap yg msk exam xmsk ap yg ak bca..


ak dh check kt internet mmg rmai x blh jwb soan p.p
cikgi ak iaitu cikgu irfah yg sgt cantik...
mmbritahu  soalan 2 dibuat oleh pensyarah universiti...
siapakah????

en.pensyarah knplah kau sprti mghina kami plajar ini dgn mmbri soalan yg smmgnya kmi x blajar...
brtaubatlah...

Saturday, 1 September 2012

JANGANNNN!!!!!!!!

rituh nmpak merah2 kt mka dy.....
then bru rinie ak kc twu cara nk elakkn spya xjd cm2 dah

mak ak slalu pesan,law mka basah nl lap jgn guna tuala yg kta lap bdn tuh...
gnala towel yg khusus untk muka or sediakan tisu(ak slalu gna tisu,sbb xyh bsh byk2 kali(tisu tandas,pongg boleeyyy meyhh)huhuhu

bnda bie ley elakkn drpd jerawat...ak byk gak tnya kwn2 yg mkanya brjerawat,trnyata mmg dowg slalu lap mka gna towel yg gna lap bdn lps mandi tuh...
JANGANNNN!!!!!
huhuhu over lak tjuk etri....
isi x semegah pongggg

so spea mka yg ad jrwt,mrh2 or gatal2 stop using towel yg gna lps mndi tuh...

jangnn yea jgnnn.....

wink3...
taata
asalamualaikum
kalau x jawab dosea 
kalau jawab sygggg....
hahahhahaxx

cg. ghazali bagi(dy ambik dri blog meet JZ)

SEJARAH ASIA- SISTEM FUEDAL DI JEPUN :)

      Sistem feudal/sistem sosial di Jepun

  Sistem feudal boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu dan bukannya  kerajaan pusat. Sistem feudal mempunyai kuasa militer dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuan tanah yang merangkumi kuasa politik, ekonomi dan sosial. Dalam sistem feudal kedudukan individu adalah mengikut hierarki. Di jepun, struktur sistem feudal berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, shogun dan samurai manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada petani, tukang mahir dan saudagar. Sistem feudal Negara Jepun dikatakan amat berbeza dengan negara-negara yang lain, ini kerana, Jepun mengamalkan sistem feudal berpusat.

           Kedudukan yang paling atas dalam sistem sosial masyarakat Jepun ialah Maharaja. Semasa  pemerintahan Shogun Tokugawa, Maharaja merupakan ketua Negara. Namun, baginda tidak  mendapat mandat sepenuhnya dalam pemerintahan Negara dan hanya dianggap sebagai lambang perpaduan semata-mata , manakala kuasa pemerintahan terletak di tangan Shogun Tokugawa. Keluarga maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pemerintahan dan pentadbiran sebenarnya terletak di Edo. Sistem yang diamalkan ini telah menyebabkan kedudukan dan sistem maharaja di Jepun kekal hingga ke hari ini.

      Seterusnya, kedudukan kedua pula diduduki oleh Shogun.  Shogun merupakan golongan yang paling berkuasa dalam stuktur pemerintahan dan pentadbiran di Jepun. Shogun yang paling berkuasa ialah Shogun Tokugawa. Mereka menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah serta dibantu oleh daimyo. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan shogun terjamin . Shogun juga akan memberi  kawasan-kawasan pemerintahan nya untuk ditadbir oleh daimyo. Daimyo  yang menyokong shogun akan diberi tanah manakala daimyo yang menentang akan ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.  Pemerintahan Shogun akan dibantu oleh daimyo.

    Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan yang penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, daimyo Shimpan dan daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga shogun tokugawa dan telah dikurniakan tanah  yang berhampiran kediaman Shogun dan daimyo ini telah banyak membantu Tokugawa dalam pentadbiran. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga dan mereka dikenali sebagai “rumah-rumah bersaudara” dan keluarga yang utama dikenali sebagai “go-sanke”. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi shogun. Mereka telah ditempatkan jauh daripada shogun untuk mengelakkan ancaman daripada mereka. Tindak-tanduk mereka juga sentiasa dikawal oleh Tokugawa dan sekutunya. Daimyo ini juga tidak dibenarkan memasuki istana maharaja, tidak mempunyai sebarang jawatan, dan tidak dibenarkan mengumpul harta.

    Samurai merupakan kelas panglima yang  mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan Negara dan daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun Negara dalam keadaan aman. Oleh itu, ketika Negara aman dan tiada peperangan, samurai akan ditanggung oleh golongan petani.

  Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana  Jepun merupakan Negara pertanian dan dengan dasar tutup pintu Jepun kepada perdagangan telah meletakkan petani di tahap yang mulia. Mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi sumber makanan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka akan diberi secukup makan sahaja, kerana hasil yang dikeluarkan adalah untuk Negara. Golongan petani juga terpaksa menghadapi sistem kerah iaitu dengan mengangkut barang-barang pertanian melalui sepanjang jalan Tokaido. Sistem kerah ini amat menyusahkan dan membebankan para petani. Masyarakat petani juga diberi pendidikan dengan penubuhan terakoya ( sekolah-sekolah kampung) untuk pendidikan anak-anak petani.

   Kelas tukang-tukang mahir (artisan) adalah dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan  pedang dan alat-alat lain yang berguna.  Oleh kerana sumbangan mereka terhadap masyarakat     mereka telah diberi penghargaan  dan penghormatan , gaji  yang menarik serta rumah yang baik. Tukang kayu juga diberi layanan yang baik dan menerima gaji yang sama seperti tukang mahir iaitu sebanyak 500 koku dan mereka dibenarkan menggunakan pedang. Bagi tukang-tukang yang tidak berkemahiran pula, mereka tidak mendapat layanan baik malah terpaksa bekerja untuk daimyo.

  Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah oleh masyarakat jepun yang mengamalkan feudal tentera dan tidak dibenarkan berlaku mobility social.  Namun setelah keadaan aman, ekonomi turut berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudiannya telah memperbaiki status diri mereka dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang  dan ada antara mereka yang mempunyai kekayaaan melebihi daimyo.

  Kesimpulannya, kita dapati masyarakat Jepun mempunyai sistem sosial yang jelas dan teratur. Namun, sistem-sistem ini mula berubah sejak campur tangan kuasa-kuasa Barat. Di jepun, perubahan turut berlaku apabila Shogun Tokugawa dijatuhkan dan digantikan dengan maharaja Meiji. Baginda telah melakukan pembaharuan dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Namun jelaslah bahawa semua lapisan dalam hieraki ini amat memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah negara yang maju.

Wednesday, 30 May 2012

salam warahmah....hrinie bmulalah hdpku sbgai srg blogger...wekkkk cm ap nth... ak hrap ak dpt bkgsi ssuatu yg bgna kt smua pmbca2 blog ak neh...
lw ad slh silap sma2 la tgur dgn bhmah....hope adlah yg dpt manfaat dpd blog ak neh... have a nice day.. salam